Wednesday, October 27, 2010

masalah teknikal.....

Tak tahu sebab apa, video untuk projek kumpulan yang dibina tidak dapat

 'diupload' ke dalam blog....

Harap-harap cd yang dihantar tidak mempunyai sebarang masalah.... =)





Thursday, October 21, 2010



Brain machine


GPS for motorcycle


Food machine



Hair cut virtual reality simulator

Foto teknologi & inovasi



CERMIN MATA TERJEMAHAN

Cermin mata terjemahan merupakan barangan yang dikeluarkan oleh syarikat NEC. Cermin mata ini merupakan cermin mata tanpa kanta yang berfungsi menterjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun.
            Cermin mata yang dilengkapi ini komputer akan memaparkan sarikata seperti dalam drama televisyen semasa perbualan antara dua orang yang memakainya. Setiap perkataan yang diujarkan oleh pengguna akan dirakam oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata pengguna. Cermin mata yang digelar ‘Tele Scouter’ akan dijual pada harga AS$ 83 300 (RM 285 094).




BLACKTRAIL


Backtrail merupakan basikal terpantas di dunia yang menggunakan kuasa elektrik. Basikal ini telah dikeluarkan oleh PG bikes iaitu pengeluar basikal dari Jerman. Berat basikal ini hanya 19.8 kg dan boleh mencapai kelajuan sehingga 100km/j.
            Basikal ini diperbuat daripada bahan seperti karbon, magnesium, titanium dengan rodanya diperbuat daripada karbon fiber. Basikal ini menggunakan bateri CM 48V litium-ion yang boleh dicas semula dan mampu bertahan sejauh 200 km. Blacktrail ini dijual pada harga USD 77 000 dan hanya sebanyak 677 unit sahaja  yang dikeluarkan.







 AUTO WUDU WASHER




Mesin wudu automatik ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu, AACE Tecnologies Sdn.Bhd.
            Keistimewaan mesin wudu ini mampu menjimatkan penggunaan air semasa menggambil wudu iaitu kira-kira 1.3 liter untuk seseorang menyempurnakan wudu berbanding 8 liter air menggunakan paip biasa.
            Mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau serta kapal terbang penumpang. Mesin ini juga dijual baru sahaja dipasarkan pada bulan Julai yang lalu dengan harga RM 10 000 seunit. Mesin ini juga dilengkapi dengan sistem pengering dan lampu.






KATIL ROBOTIK


Katil robotik ini telah direka oleh syarikat elektronik gergasi daripada Jepun iaitu, Panasonic. Dengan adanya teknologi canggih yang dibangunkan oleh Panasonic, katil ini boleh diubah menjadi kerusi roda.
            Penciptaan ini membolehkan pengguna berasa selesa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Kelebihan yang ada pada katil ini telah memudahkan kehidupan manusia terutamanya warga emas dan orang kurang upaya.
           








E-QALAM

Penciptaan e-Qalam  merupakan salah satu kejayaan dalam teknologi pendidikan untuk untuk kita membaca Al-Quran. e-Qalam digunakan dengan berbantukan pen digital berteknologi tinggi yang boleh membaca kod-kod yang terdapat pada Al-Quran.
            Set e-Qalam ini mampu mengalunkan dua kaedah bacaan iaitu At-Tadwir (biasa) dan Al-Tartil (perlahan). Kaedah ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mendengar sebelum mengikuti bacaannya. Selain itu, set e-Qalam ini juga mampu menterjemahkan bacaan Al-Quran ke dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan Mandarin.



Wednesday, October 20, 2010

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan.



Kemajuan dalam bidang ICT sememangya mampu mengubah cara manusia berfikir, bekerja, bermain, berperang dan yang paling penting adalah dari segi pelajaran. Perkembangan dalam bidang ICT ini telah berperanan sebagai salah satu anjakan dalam meningkatkan kualiti hidup kita. Secara umumnya, perkembangan media elektronik di negara-negara maju adalah disebabkan oleh keperluan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan.

Perkembangan ini dalam bidang ICT ini menyebabkan komputer bukan lagi dianggap sebagai satu perkakasan yang mewah tetapi sebagai sesuatu keperluan hidup yang amat penting. Oleh hal yang demikian, perkembangan dalam bidang ICT ini telah menyebabkan negara-negara membangun berlumba-lumba untuk menguasai  bidang tersebut. ICT ini juga merupakan salah satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing.

Sebagai permulaan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang sedang bersaing dalam memajukan bidang ICT, langkah pertama yang diambil adalah dengan merencanakan sistem pendidikan agar dapat memenuhi keperluan negara dalam bidang ICT pada masa akan datang. Sebagai langkah pertama untuk merealisasikan matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merubah sistem kurikulum dengan memperkenalkan subjek Teknologi Maklumat (IT) sebagai subjek pilihan pada tahun 1998. 

Perubahan kurikulum ini menunjukkan  kesungguhan KPM dalam menerapkan penggunaan ICT dalam pendidikan. Selaras dengan program-program dalam bidang ICT yang telah dilancarkan ini kerajaan telah memperkenalkan  sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam semua urusan pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, KPM juga telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk memajukan bidang pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Salah satu teras dalam pelan ini adalah memperkasakan sekolah kebangsaan dengan menjalankan program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Bagi memastikan  penggunaan ICT dimanfaatkan sepenuhnya, KPM telah menyediakan pelbagai infrastruktur seperti makmal, komputer riba, LCD dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah sesuatu yang amat penting kerana penggunaan ICT ini dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. 




Wednesday, September 29, 2010

Internet dalam pendidikan??

Internet merupakan suatu rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakn protokol rangkaian atau dikenali sebagai TCP/IP . Pada awal penciptaan, rangkaian internet ini diasaskan untuk menghasilkan satu jaringan bagi memindahkan data antara komputer ke komputer tentera yang berada di tempat yang berbeza.


           Internet telah diasaskan melalui satu projek penyelidikan pada tahun 1960-an oleh Jabatan Pertahanan Amerika dan projek ini dinamakan sebagai 'Advanced Research Project Agency).

           Di Malaysia perkembangan penggunaan internet bermula pada tahun sekitar tahun 1987 melalui rangkaian 'RangKom' yang telah disambung kepada rangkaian internet. Penggunaan internet semakin berkembang pesat kerana telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang, contohnya dalam bidang pendidikan.

           Penggunaan internet telah mula digunakan di sekolah-sekolah bestari bagi memudahkan proses pembelajaran, tetapi adakah kemudahan internet ini dimanfaatkan oleh pelajar ataupun hanya guru sahaja yang memanfaatkan penggunaanya. Aplikasi paling asas dalam penggunaan kemudahan internet di sekolah adalah dengan menggunakan kemudahan mel elektronik ataupun e-mel. Pada dasarnya penggunaan e-mel bertujuan untuk memudahkan pelajar berkomunikasi dengan guru untuk mendapatkan sebarang informasi dalam pelajaran. Tetapi kemudahan internet yang sedia ada telah disalahgunakan dan  terpesong daripada matlamat asalnya.


           Persoalan utamanya, adakah penggunaan internet wajar diteruskan di sekolah-sekolah lain selain di sekolah bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran, walaupun terdapat kelebihannya dalam aspek pembelajaran tetapi tetap ada risikonya......jadi fikir-fikirkanlah.... : )

iPhone 4.....



Kelebihan.......
  • reka bentuk terbaru- more elegant apperance, casing made from glass & there is around the edges. lbh berat drpd iPhone yg t'dahulu
  • skrin yg lbh kecil, tetapi m'punyai resolusi yg lbh tinggi.
  • kuasa bateri tahan lbh lama- 16% lbh lama drpd iPhone 3GS
  • 'multitasking' - m'punyai lbh bnyk aplikasi ( 7 aplikasi )
  • kapasiti simpanan yg lbh besar - 64GB
  • kamera - 5 megapixel, rakaman video dlm High Definition (HD)
  • e-books - 'buy & download' dr Apple bookshop
  • 'processor' - use own processor-Apple
  • SIM card berbeza - 40% lbh kecil drpd SIM card biasa
  • wireless synchronization - memindahkan data dr iPhone ke komputer tnpa memerlukan USB            

Monday, September 27, 2010

teknologi......

Skrg ni kte berada dlm zaman yg serba canggih, mcm-mcm ada skrg ni terutamanya perkembangan dlm teknologi maklumat.....

klau kte perhatikn, skrg manusia hidup hampir 100% b'gntung kpd teknologi, terutamanya dlm kehidupan seharian . yg t'baru iPhone 4 tlah dilancarkan, msti para peminat gadget akn b'usaha utk mendapatkannya, walaupun kurang kemampuan dr segi kewangan.... ermm....
x dpt i phone ni, tgk pic pon jadi la.... :)

Thursday, September 23, 2010

minggu yg agak serabut.....: (

da minggu-minggu t'akhir kuliah ni keadaan agak serabut skit sbb semua kje nk kne siapkan....
semua assigment nk kne submit, lom kne present lg.....mcm-mcm hal la.....
yg paling tension nk kne present proposal tesis dpn panel lg....
permudahknlah tugas ku ni.....
amin......


SALAM........

Ni blog yg baru, sbb blog yg lame ada problem skit.....
Sbgi permulaan bru, jd x tau sgt nk cerita psal ape....hehehehe


selamat berjumpa lagi ..... :)