Wednesday, September 29, 2010

Internet dalam pendidikan??

Internet merupakan suatu rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakn protokol rangkaian atau dikenali sebagai TCP/IP . Pada awal penciptaan, rangkaian internet ini diasaskan untuk menghasilkan satu jaringan bagi memindahkan data antara komputer ke komputer tentera yang berada di tempat yang berbeza.


           Internet telah diasaskan melalui satu projek penyelidikan pada tahun 1960-an oleh Jabatan Pertahanan Amerika dan projek ini dinamakan sebagai 'Advanced Research Project Agency).

           Di Malaysia perkembangan penggunaan internet bermula pada tahun sekitar tahun 1987 melalui rangkaian 'RangKom' yang telah disambung kepada rangkaian internet. Penggunaan internet semakin berkembang pesat kerana telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang, contohnya dalam bidang pendidikan.

           Penggunaan internet telah mula digunakan di sekolah-sekolah bestari bagi memudahkan proses pembelajaran, tetapi adakah kemudahan internet ini dimanfaatkan oleh pelajar ataupun hanya guru sahaja yang memanfaatkan penggunaanya. Aplikasi paling asas dalam penggunaan kemudahan internet di sekolah adalah dengan menggunakan kemudahan mel elektronik ataupun e-mel. Pada dasarnya penggunaan e-mel bertujuan untuk memudahkan pelajar berkomunikasi dengan guru untuk mendapatkan sebarang informasi dalam pelajaran. Tetapi kemudahan internet yang sedia ada telah disalahgunakan dan  terpesong daripada matlamat asalnya.


           Persoalan utamanya, adakah penggunaan internet wajar diteruskan di sekolah-sekolah lain selain di sekolah bestari dalam proses pengajaran dan pembelajaran, walaupun terdapat kelebihannya dalam aspek pembelajaran tetapi tetap ada risikonya......jadi fikir-fikirkanlah.... : )

2 comments:

  1. pada pandangan saya penggunaan internet wajar diwujudkan di sekolah kerana membolehkan segala maklumat dicapai dengan mudah sama ada oleh guru atau para pelajar.

    namun,dengan adanya kemudahan ini para pelajar tidak seharusnya menjadikannya sebagai alasan untuk mengelak daripada menemui guru untuk memdapatkan sebarang informasi berkaitan pelajaran.

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, penggunaan internet amat berguna pada para pelajar kerana ianya dapat membantu dalam memberi maklumat penting kepada mereka. Walaubagaimanapun, penggunaan internet harus dipantau oleh para guru untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan timbul.

    AFIFAH HANANI YUSUF(A126294)

    ReplyDelete