CERMIN MATA TERJEMAHAN
Cermin mata terjemahan merupakan barangan yang dikeluarkan oleh syarikat NEC. Cermin mata ini merupakan cermin mata tanpa kanta yang berfungsi menterjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Jepun.
Cermin mata yang dilengkapi ini komputer akan memaparkan sarikata seperti dalam drama televisyen semasa perbualan antara dua orang yang memakainya. Setiap perkataan yang diujarkan oleh pengguna akan dirakam oleh mikrofon sebelum diterjemahkan dan disiarkan pada cermin mata pengguna. Cermin mata yang digelar ‘Tele Scouter’ akan dijual pada harga AS$ 83 300 (RM 285 094).
BLACKTRAIL
Backtrail merupakan basikal terpantas di dunia yang menggunakan kuasa elektrik. Basikal ini telah dikeluarkan oleh PG bikes iaitu pengeluar basikal dari Jerman. Berat basikal ini hanya 19.8 kg dan boleh mencapai kelajuan sehingga 100km/j.
Basikal ini diperbuat daripada bahan seperti karbon, magnesium, titanium dengan rodanya diperbuat daripada karbon fiber. Basikal ini menggunakan bateri CM 48V litium-ion yang boleh dicas semula dan mampu bertahan sejauh 200 km. Blacktrail ini dijual pada harga USD 77 000 dan hanya sebanyak 677 unit sahaja yang dikeluarkan.
AUTO WUDU WASHER
Mesin wudu automatik ini telah dibangunkan oleh sebuah syarikat tempatan iaitu, AACE Tecnologies Sdn.Bhd.
Keistimewaan mesin wudu ini mampu menjimatkan penggunaan air semasa menggambil wudu iaitu kira-kira 1.3 liter untuk seseorang menyempurnakan wudu berbanding 8 liter air menggunakan paip biasa.
Mesin tersebut mudah dipasang dan sesuai digunakan di kediaman, masjid, surau serta kapal terbang penumpang. Mesin ini juga dijual baru sahaja dipasarkan pada bulan Julai yang lalu dengan harga RM 10 000 seunit. Mesin ini juga dilengkapi dengan sistem pengering dan lampu.
KATIL ROBOTIK
Katil robotik ini telah direka oleh syarikat elektronik gergasi daripada Jepun iaitu, Panasonic. Dengan adanya teknologi canggih yang dibangunkan oleh Panasonic, katil ini boleh diubah menjadi kerusi roda.
Penciptaan ini membolehkan pengguna berasa selesa di atas katil atau kerusi roda ketika transformasi berlaku. Kelebihan yang ada pada katil ini telah memudahkan kehidupan manusia terutamanya warga emas dan orang kurang upaya.
E-QALAM
Penciptaan e-Qalam merupakan salah satu kejayaan dalam teknologi pendidikan untuk untuk kita membaca Al-Quran. e-Qalam digunakan dengan berbantukan pen digital berteknologi tinggi yang boleh membaca kod-kod yang terdapat pada Al-Quran.
Set e-Qalam ini mampu mengalunkan dua kaedah bacaan iaitu At-Tadwir (biasa) dan Al-Tartil (perlahan). Kaedah ini bertujuan untuk memudahkan pengguna mendengar sebelum mengikuti bacaannya. Selain itu, set e-Qalam ini juga mampu menterjemahkan bacaan Al-Quran ke dalam empat bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan Mandarin.







No comments:
Post a Comment